Sek.Men.Keb.Jelai(F)
Sekolah menengah Jelai (F) Gemas, Negeri Sembilan terletak kira-kira 50 km dari bandar Tampin dan 30 km dari pekan Gemas. Sekolah ini didirikan di tengah-tengah komplek Jelai Satu, Dua, Tiga dan Empat.Atas keperluan pendidikan Menengah yang mendesak di Gugusan Felda Jelai, ini maka terdirilah Sekolah Menengah Jelai (Felda) Gemas. Sekolah ini dibina pada tahun 1987 iaitu 20 hb April 1987dengan nama Sekolah Menengah Rendah Jelai (Felda) Gemas, Negeri Sembilan. Nama ini dipilih berdasarkan kedudukan sekolah ini yang terletak di tengah-tengah Gugusan Felda Jelai, Gemas Negeri Sembilan. Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai (F), Gemas Negeri Sembilan telah diasaskan oleh En. Yunos bin Daros bermula pada 20 April 1987 hingga Disember 1987. Beliau merupakan seorang guru yang cekap, bertimbang rasa dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kemajuan sekolah. Beliau berkelulusan STP pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abd. Rahman Gemas dan Sek. Men. Keb. Felda Pasir Besar Gemas, Negeri Sembilan sebelum dilantik menjadi Pemangku Pengetua yang pertama di sekolah ini.
Felda Jelai merupakan tanah rancanganFelda yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia.Felda Jelai ini dapat mengatasi masalah pengganas komunis yang bersembunyi di sempadan Negeri Sembilan, Johor dan Pahang yang aktif antara tahun 1948-1960. Kebanyakan kawasan hutan yang diteroka oleh Felda adalah kawasan persembunyian pengganas komunis. Landasan kereta api dari Johor berpecah dua di Gemas. Landasan timur menuju ke Kelantan. Landasan barat menuju ke Padang Besar di Perlis. Sebuah kem artileri Angkatan Tentera Malaysia terletak di Gemas kerana kedudukannyan yang cukup strategik.Para peneroka dari beberapa tempat khususnya dari Negeri Sembilan diberikan rumah peneroka dan tanah rancangan . Asalnya ditanam dengan pokok getah dan kemudian diganti dengan kelapa sawit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment